top of page

3 gadis to Jogjakarta

  • Writer: timahjamal
    timahjamal
  • Feb 17, 2019
  • 4 min read



Pantai Timang

Aku pasti yang datang ke sini memang majoriti kawan-kawan aku je la kan. Jadi, aku tulis secara biasa je lah, macam aku tengah bercakap dengan korang. Memandangkan ramai yang minta untuk aku kongsi Itinerary dan budget masa aku ke Jogjakarta seminggu yang lepas. Aku dok lah kalut, nak kongsi pakai mende ni, nak DM satu2 nanti gigih jugak pastu nanti kalau kongsi itinerary je mesti akan tanya lagi banyak dan banyak dan soalan yang sama. Jadi aku pun ambik keputusan untuk buat web page ni. Aku ingat nak buat kat Blog je malangnya blogger web dah tak function.


          Jadi, memandangkan aku lagi suka menulis dari buat video edit2 bagai kalau bercerita, aku ambik keputusan untuk menulis (mungkin satu hari nanti ada la video kot) je pasal pengalaman aku senang nak ingat dan tulis sebab kalau cakap nanti aku kalut.

          Aku rajin rakam je. nak ngedit2 aku sumpah tak reti. Aku lagi suka menulis dari ngedit video.


So................. 


    Entry tentang Jogja ni akan dibuat secara berperingkat sebab aku kalau boleh nak kongsi satu2 tentang Jogja mana yang aku tahulah. Nanti boleh refer balik untuk diri sendiri juga. Jadi untuk post pertama ni aku share pasal Itinerary je la dulu. Itinerary ni aku buat sendiri pastu aku bagi pada supir (Berdasarkan carian dari google dan baca blog aku combine semua tempat yang selalu orang pergi dan harga sesuai dengan seorang pelajar untuk dicover).


        Rasanya kalau compile pasal entry aku ke Jogja ni nanti dah boleh buat buku kot. hahahaha Jadi sebelum aku mulakan memberi info sedikit sebanyak pasal Jogja, aku kongsi itinerary je la dulu (ada di bawah sekali, bolehlah copy paste) 

           

Itinerary aku cadangkan korang buat sendiri dan kira jarak perjalanan setiap tempat semua. Nak travel kena rajin. Jangan malas. travel ni macam korang nak tuntut ilmu. Kalau malas kau travel pun tak dapat apa. Kalau rajin dapat la ilmu tu. Jadi ni itinerary yang aku buat sendiri dan beri pada supir. Itinerary ni hanyalah untuk supir. Start hari kedua sampai kelima aku ambik supir. Hari pertama dengan Hari ke-enam aku tak ambik supir. Kami sendiri2 je. Pepandai la hidup.

         

Kami pergi cuma tiga orang perempuan sahaja. tak ramai pun. Sepatutnya 6 orang. Tapi last minit tinggal tiga orang. Harga jadi mahal la sebab pergi tiga orang je tapi nak buat macam mana takkan la sorang dua taknak pergi pastu yang lain kena tarik diri juga kan? Trip ni sebenarnya penuh drama. Tiket sudah dibeli setahun awal. Kalau korang tahu yang masa aku ke Bangkok, Thailand tahun lepas bulan 1, hah! tikat tu telah dibeli sebelum ke Bangkok lagi ye. Nampak tak kegigihan disitu? Jadi ceritanya kami teruskan jugak trip ni even tiga orang je. Ye lah! setahun lebih kot tiket tu mendap je en!




             Aku akan tambah informasi tentang Jogja ni pada next entry yang lebih banyak gambar dan lebih helok la sikit ceritanya. Harapnya seorang timah lebih istiqamah. Ni aku hanya kongsi Itinerary yang kami ambik dengan supir je. Sebenarnya pergi 4 hari 3 malam pun dah cukup je Jogja ni kalau korang taknak perabih duit sangat la. Kitorang pergi sampai 6 hari, lemau jugak la duduk lelama kat negara orang.


          Bila duduk sini, asyik rasa bersyukur je sebab jadi rakyat Malaysia. hahaha InsyaAllah sehari dua lagi aku akan kongsi biaya dan informasi2 yang lebih banyak tentang trip ke jogja yang cuma tiga orang 'perempuan'. Sampai orang Alpha Mart tu kenal kami (Alpha Mart adalah sebuah market kecil atau kedai runcit seperti 7E di Thailand BUKAN Malaysia)

Akak cashier: 'Belum pulang yang kak?'


Kami: 'eh kenal ke? belum mbak'


Akak cashier: 'lama liburan disini ya'


Kami: 'Iya lama. sudah ngak sabar ni mahu pulang ni. haha'


Untuk pengetahuan korang kat sini bahasa/dialek diorang lain bona ye. Diorang guna Bahasa Jawa/Jowo. Walaupun untuk bercakap dengan pelancong mereka guna bahasa/dialek Jakarta tapi tahap kefahaman untuk orang Malaysia itu mungkin susah sikit sebab bahasa Sinetron lebih mudah ngerti tuh!


Pening jugak kepala nak fahamkan apa diorang cakap, sampai kitorang punya tak faham, adalah sekali tu ktrg iyakan, sekali bila tersedar baru perasan baki yang dia bagi tak cukup. choi! rupanya dia mintak izin nak baki tu *tepuk kepala*


Ok guys! sampai jumpa! Maaf untuk apa-apa kekurangan. Bolehlah bagi suggestion apa2 untuk cara penulisan aku menjadi lebih baik dan mudah faham kalau tak faham. Terima kasih dan Assalamualaikum.



ITINERARY YANG DIBERI KEPADA SUPIR


(Ambil supir selama 4 hari 3 malam)


Tarikh: 25 Januari 2019 - 28 Januari 2019 (4H3M)

Traveler: 3 orang


Hari ke-1 (25hb Jan 2019, Jumaat)

* Kalibiru

* Pantai Parangtritis

* Gumuk Pasir Parang Kusumo, Sandboarding

* Taman Sari

* Dinner - Selisofi Kopi (kalau dekat)


Hari ke-2 (26 hb Jan 2019, Sabtu)

* jurang tembelan (bertolak pukul 5am)

* Hutan Pinus

* Rumah Hobbit

* Pindul cave (bawak baju ganti)

* Timang beach (makan lobster, naik gondola)

* Pinus pengger (malam)


Hari ke-3 (27 hb Jan 2019, Ahad)

* Telaga Warna (Bertolak pukul 4am) (Batu Pandang)

* Kawah Sikidang

* Arjuna Temple

* Borobudur Temple

* Gereja Ayam


Hari ke-4 (28 hb Jan 2019, Isnin)

* Sunrise Gunung Merapi (bertolak pukul 4 pagi) Jeep

* Jalan2 Gunung Merapi Area (Batu Alien dan Mini Museum)

* prambanan temple

* Bakpia patuk

* Malioboro Street

Recent Posts

See All

Comments


© 2019 by Siti Fatimah Jamaluddin. Proudly created with Wix.com

bottom of page