top of page

3 Gadis to Jogja 2

  • Writer: timahjamal
    timahjamal
  • Mar 5, 2019
  • 15 min read

Assalamualaikum dan hai semua!


Peringatan! Entry panjangnya 10 muka surat kalau dimasukkan dalam bentuk ‘words’ jadi mohon tabah.

Jadi last entry aku ada kongsikan itinerary aku dan kawan2 aku ke Jogja. Untuk siapa yang hanya nak itinerary boleh pergi ke entry pertama aku.



Jadi, aku sambung cerita pasal aku ke Jogja. Akhir entry tentang Jogja aku akan bagi shortform untuk list shopping, makan atau pun tempat menarik lain yang kitorang sempat dan tak sempat nak pi. So here we go!

Dicadangkan korang untuk download apps currency xe. Untuk memudahkan pengiraan budget sepanjang perjalan korang disana.



Apps ni sangat berguna bila korang berada kat luar negara untuk tahu kadar duit yang kau pakai kat sesebuah negara tu. Jadi takdelah tersilap kira ke apa. Apps ni sangat mudah sebab boleh kata cepatlah penggunaan dia.


Khamis, 24 Januari 2019

FIRST DAY!


First day kitorang punya flight pagi dalam pukul 9 pagi kitorang berlepas ke Jogja sampai sana dalam tengahari. Aku rasa ramai yang dah tahu since aku selalu ulang cakap benda ni, tiket flight telah dibeli oleh kawan aku setahun awal dari tarikh berlepas. Jadi probability untuk kawan kau ‘Tarik diri’ pertengahan sebelum berlepas atau saat akhir sebelum berlepas adalah tinggi ya. Jadi kalau korang nak buat macam kitorang mohon bertabah atas segala dugaan yang berlaku.

First day dengan last day, kitorang tak ambik Supir. Jadi sendiri2 je. Jadi bila sampai airport kitorang kena cari transport nak ke hotel. Sampai2 je airport kau memang akan kena serbu dengan orang taxi 🚖 pastu even kau berjalan pun dia akan ikut kau sampai kau dapat kenderaan. Kitorang dah la tiga org je pompuan bapak seram betul bila kena ikut en.


Pastu aku kata, apa2 hal wajib beli simcard dulu. Jadi kitorang kena berjalan ke terminal 1 untuk beli simcard since kitorang turun kat terminal 2. Terminal 1 & Terminal 2 dia tak bersambung ye. So sampai je sana kitorang kena keluar then heret bag lalu kat laluan pejalan kaki terus ke terminal 1. Terminal 2, sebenarnya terminal baru.


Dekat terminal 2 takde jual simcard. So nak taknak kenalah jalan dalam 300m centu kot ke terminal 1. Sampai terminal 1, kena serbu lagi pastu aku beli simcard kongsi tiga orang. Satu simcard dalam RM30++ mahai la gak tapi dah tu je ada. Pastu dah start kesian la gak dengan org taxi ni en, dok ngikut sana sini. Pastu aku pun terbagi la harapan jugak kat dia, tanya harga bagai. Masalahnya, harga dia bagi kat kitorang tiga kali ganda mahal dari korang pakai apps Gojek atau apps Grab ye anak2. Since dah dapat simcard kitorang compare harga Gojek, harga Grab dengan Mas Taxi ni punya harga.


Mak ai harga dari airport nak ke Sambal SS kemudian terus ke Hotel harga cekik darah 250k rp dalam RM70++ untuk setengah jam perjalanan (tunggu semua) sedangkan harga Gojek apps hanyalah 54k rp/RM16 ye rakan2 untuk ke hotel (Jadi kalau buat kiraan kasar, kalau kitorang teruskan ambik gojek untuk Sambal SS dan kemudian habis makan ke hotel dalam sekitar RM20 sahaja hokey)


Akhirnya, demi ketenangan sejagat (ketenangan kitorang tiga org la tu) ktrg katalah dah ada org ambik. Saja tanya2 harga😅 sorry mas. Pastu cecepat kitorang tarik beg ke restaurant berdekatan iaitu Restoran Solaria untuk berfikir secara tenang sebab kalau duduk tepi2 airport tu kau memang akan kena serang dengan orang taxi pastu apa yang korang dok search2 kat phone tu pun dia nak tengok even tak bagi tengok. Takpe mas. Saya ngerti mas mahu nyari rejeki masalah nya saya juga ngak punya wang banyak tu mas mahu bayar mas! Maafin kami ya mas



Apps Grab (semua tahu kan? so guna je la macam biasa)

Ni apps Gojek. Gojek ni ada banyak pilihan kau nak naik jenis macam mana kenderaan tu. lepas tengok harga kau guna Apps Xe tu untuk tengok currency MYR berapa. Jadi bolehlah compare harga Grab dan Harga Gojek dengan cepat.

Hah macam ni. bila masuk je Apps Gojek ni akan ada banyak pilihan macam ni. Since kitorang perempuan hahaha jadi kami ambik Go-Car la lebih manis tuh. Kalau korang semua lelaki, boleh je nak ambil Go-Ride, lebih murah. Cuma kalau ramai, satu motor sorang je la. Kalau pi 7 orang 7 motor la, majoriti yang bawak motor adalah lelaki jadi ok je kalau nak naik motor ride ramai2. Apps Gojek ni serious best. Nak Go-Food pun ado kayy.

Lepastu, masuk Solaria (Satu restoran agak mewah di Airport Jogja, lupo nak tangkap gambar) kami minum2 la sikit sementara merehatkan diri yang dah berpeluh tarik beg sana sini. Untuk pengetahuan korang dekat sini, Gojek atau Grab tak boleh masuk kawasan airport. Jadi nak taknak kalau korang nak travel ke Jogja, dan mahu transportation murah dengan menggunakan apps, korang kena keluar dari kawasan airport. Jadi kitorang berjalan la sikit dalam 10 minit jalan kaki sambil tarik beg macam kena halau dari rumah (boleh la sambil tu pasang lagu pahit getirr hidup yang aku jalani~~~ buat jdi latar ye~~) ah tragis jugak first day kitorang. Lintas jalan semua. Tragis la tapi seronok! Paling kelakar tak reti lintas jalan, banyak nak mampus kereta! Traffic light pejalan kaki tak leh pakai. Rupanya asal kau pejalan kaki kereta2 kat sana akan berhenti. Sebab tengok kitorang terkulat-kulat nak lintas dan dalam keadaan macam seram2 kahkahkah, ada la satu kereta ni berhenti menyebabkan orang lain semua berhenti.😍 jadi kami lintas la terkedek2 anak itik tiga ekoq lintas jalan hilang mak. Okeh stop. (Ini sangat memalukan, aku tak pernah travel bodoh cenni *tepuk dahi*)



Sampai kat satu hotel ni (dalam 10 minit jalan kaki dari Airport), kami panggil Gojek. Jadi bapak gojek nya banyak jugakla bercakapnya. Sape tengok story aku, tahu la macam mana bapak Gojek tu. Kitorang iyakan jugala semua yang dia cakap tapi berlakon gelak macam paham kahkahkah even 80% yang bapak Gojek kongsikan kitorang tak paham hokay! Such an idiot hahahahahaha sampai je Hostel kitorang masuk bilik lepak2 solat semua. Hostel aku duduk, kawasan dia aku recommend la jugak tapi hostel nya aku tak bape nak recommend, murah tapi cam ntah pape. Dalam gambar dengan review kata ok bila datang sendiri macam2 hal la cam tak bape nak ok. Dah la kitorang bertapa kat situ 6 hari 5 malam. Kau ase?! Boleh ‘chat’ aku untuk tahu hostel apa. Jalan Hostel tu di Jalan Mergangsan (Dalam 3-4 KM ke Jalan Malioboro). Jalan ni sebenarnya banyak hostel lain. Tapi maybe boleh masuk Walk In sebab tak de dalam Apps Agoda atau Booking.com atau Traveloka.


Settle masalah semua. Kitorang panggil gojek lagi, nak ke Malioboro Street. Bayar gojek dalam 14k rp/ RM4 (dari hostel kitorang dalam 3KM). Maliboro Street sangat meriah Malioboro Street ni😍 music2 jalanan pun sedap2 je suara diorang. Boleh buat MV chuoollss! Kalah BBNU kat Malaysia ni okay! tapi sokay SAYA ANAK MALAYSIA! Saya sayang Malaysia! Gituhh. Kat sini macam pasar malam la banyak tapi cantik dan meriah. Even weekdays pun meriah! So boleh lah membeli belah perabih duit kat Malioboro ni (Tapi ada tempat lagi murah nak perabih duit, nantikan!) Ada la jugak attractions dia dalam dua tiga kat sini seperti Jogjakarta Palace, Maliboro Mall, Bank Indonesia (seni bangunan dia cantik!), Tourist Walking Street kat sepanjang jalan ni, ada laAngklung Street Busker. Serious meriah teruk!

Jalan kaki je nak pergi attractions dia, sebab dekat2. Lepas dah makan kat lesehan dan try makan Nasi Gudeg dia, kitorang jalan sikit2 area tu. Nasi gudeg ni femes kalau pergi Jogja korang kena rasa nasi ni sebab ni makanan resmi diorang macam kita lah jugak, Contohnya, Terengganu dan Kelantan nasi kerabu dan nasi dagang kalau Melaka asam pedas kalau Pahang ikan patin kalau Kedah batang pisang hah begitulah jugak Negeri Jogja.


Gudeg - Mangga muda yang diperap dengan bahan perapan masing2 dan rasany sedikit manis. Biasa dimakan bersama nasi putih atau lauk2 lain seperti ayam, telur, daging dan wajib ada sambal. Tak kesah la apa2 sambil. Sate kambing pun antara yang femes tapi boleh lah. Dekat jogja banyak gilaaaaaa jual Nasi Gudeg. Merata boleh jumpa gudeg sana gudeg sini

.

Lepas dah jalan2 malam kat area Malioboro (kitorang tak membeli sebab target nak beli hari last, cuma survey harga je) ktrg ambik Gojek pulang ke hotel dan berehat.



Jalan Malioboro

Gudeg nama lauk. Diorang masak nagka. nangka tu dah diperap dengan segala macam rempah yang diorang suka kemudian dijadikan lauk makan dengan nasi. Yang aku makan ni Nasi Gudeg Ayam. Bagi aku sedaplah jugak tapi rasa manis bahan yang diperap kat nagka tu aku tak bape suka sangat. aku kurang sikit dengan lauk yang rasa dia manis ni. haha






Jumaat, 25 Januari 2019

SECOND DAY!


Hahhhhh.... hari kedua ni kitorang start ambik Supir yang dah ditempah dari Malaysia. Bayar bila masa hari terakhir kitorang kat Jogja. Aku dah start cari supir sebulan sebelum pergi sebab busy gila pastu kalau tak busy lupa. hahaha Jadi ambik supir ni cuma harga ground je. Maksudnya tak full. Kalau full price untuk supir termasuk makan minum dan hotel lebih mahal la. Tapi kalau nak pergi dengan family, aku cadangkan ambik Supir full sebab tak sesuai kalau nak gamble cam kitorang buat. Kalau ambik supir dia akan pickup semua kat airport dan hanta balik juga ke Airport. Tapi kami tak pickup kat airport dan hantar ke airport, banyak sendiri2.


Jadi pagi2 lagi dalam pukul 8 (dekat Malaysia dalam pukul 9 pagi), kami dah bersiap kat bawah kat lobby hotel tunggu supir datang. Jadi supir yang ambil kami adalah Mas Ari. Aku tempah Mas Agus, Mas Agus nya kirim kami ke Mas Ari. Amboi tak cakap pulak tu . Tapi malas nak memekak. At least inform la siapa yang ambik kitorang semua, ni tak, sampai2 muka orang lain nama pun dah sah2 lah lain kan! Jadi dinasihatkan, korang tanya betul2 pasal supir ni, orang yang ambik semua.


Supir untuk 4 Hari 3 Malam adalah berharga RM520/3 orang/kereta termasuk minyak dan bayar parking semua. Kalau pergi ramai2 serious berbaloi, kitorang pergi tiga orang je. Bertmbah-tambahla bebanan yang perlu ditambah. hmmmmm. Sepatutnya pergi 6 orang tapi saat2 akhir 3 orang tarik diri. Tapi kitorang tak kalah pada dugaan! kami teruskan plan kami yang dah terbengkalai setahun lamanya! semangat wanita kena ada! gituhhh. padahal ketaq jugaklah tiga orang je perempuan yang pergi tu.



First Destinasi!


Kalibiru!


Pintu Utama Kalibiru. Nak naik ke Kalibiru dia punya membukit tu, maigad, i kenot brain. rasa kereta yang kitorang naik tu bebila masa je akan terbalik ke belakang dek kecuraman dia yang melampau.

Kalibiru ni sesuai la untuk orang yang suka bergambar dan sukakan gambar2 extreme! ketaq lutut mak nak! sebab semuanya macam menakutkan. Masuk 2.5k rp/RM 2/orang. Dah masuk entrance tu pastu nak bergambar kat setiap port dia, kau kena bayaq lagi. Aku rasa cam kelakar plak dah bayar entrance pastu takkan la masuk tak buat apa. adoi la depa ni. Tapi dah kena bayaq tu bayaq je la kan. Jadi setiap port penggambaran ada harga ye gais. Harga group dan harga individu adalah berlainan harga. Jadi kami cuma ambik satu spot je iaitu spot Oval dan ambil harga group sahaja terus. Tak ambik yang gambar untuk individu sahaja. Harga gambar group dan individu adalah 120k rp/ RM35 jadi kami ambil group cuma 60 k rp/ RM17.40 bahagi 3 jadi 20k rp/ RM6 la sorang. Untuk individu kau boleh ambik sendiri je sebenarnya cuma tak nampak semua lah dalam gambar tu.


Ni antara gambar yang dia tangkapkan. Korang boleh pilih 6 keping dari gambar yang dia tangkap thn dia akan transfer masuk hanset korang. Dia bagi dalam bentuk soft copy la kiranya.

Jadi, dah habis orang tu tangkap2 gambar kita, dia bagi la masa kat kita untuk kita fefeeling kat atas oval tu. ada alat keselamatan yang dipasangkan dekat badan kitorang jadi ada rasa selamat sikit even rasa seram gila kat atas tu.Dah la tinggi nak matey. Ni antara gambar yang kitorang tangkap sendiri. Sorry kami bukan pro.



Angin dekat atas Oval ni kuat mak ai, bila berdiri rasa boleh je melayang sekali walaupun besaq dabak. hahaha

Duduk dekat atas ni terang je rasa mata tengok benda2 hijau. Haih rindu pulak view cantik ni.


Nak angkat kaki cemni pun sebenarnya rasa ketaq sebab ketinggian diaaaaaa... Tapi best!

Lepastu habis bergambar, sebab hari jumaat jadi Kalibiru tutup pukul 11 pagi. Kami pun bukan kaki bergambar mana, asal ada kenangan is enough actually. Datang pun more to lawat kawasan dan tengok kehidupan sekeliling. Nak pergi ke setiap spot penggambaran, mak ai naik turun bukit ye anak-anak! So, pastikan lah kau tu sejenis fit sikit. Tangga nak naik turun tu pun kecik toet je.


Sepanjang turun dan naik akan ada kedai makan tepi2 tu. Panggil Lesehan. Lesehan kat kawasan tu banyak. Ada sorang makcik ni struggle gila panggil pelanggan masuk. Dah uzur sangatlah kitorang tengok. Jadi habis bergambar dekat Spot Oval mestilah kitorang akan lalu lagi kedai makcik ni. Atas belas kasihan kami berhenti la makan2 dan try makan minum kat Lesehan makcik ni.



Bolehlah dapatlah jugak merasa macam mana makan kat Lesehan depa.


Lepastu nak dekat pukul 11, speaker dah berkumandang suruh keluar dari kawasan Kalibiru sebab nak tutup. Jadi habis makan kami terus cepat2 daki turun tangga semula untuk keluar. Next destinasi adalah Taman Sari! tapi sebelum tu kami singgah masjid dulu untuk Mas Ari solat jumaat. Aku agak terkejut bila dia mintak izin nak solat jumaat sebab dah dua kali jumaat dia tak solat. Mak Ai gila tak terkejut, selamba je dia bagitahu dia dah dua kali tinggal jumaat. errr. pastu kitorang haruslah bagi kan. Takkanlah tak bagi pulek. Nerakanya perangai kalau tak bagi.


'waduh mas! pasti bolehlah mas! itukan tuntutan! biar perjalanan nya lebih berkah tu mas!' (semua dah guna bahse sinetron okay hahahaha)


'itulah, saya itu sudah tidak solat dua kali jumaat tu, saya pergi solat dulu ya kak, kakak bisa tunggu kan'


'Ya Allah mas! haruslah bisa mas! nanti Allah marah tu ngak solat tuh!’


Hamboi boleh buat sinetron chuolls! kahkahkah 'Ya Auloh! ampunin Nabila ya Auloh, Nabila ngak nyempat solat' (pelat orang indonesia)


Jadi selepas solat jumaat kami makan tengahari dulu kat Kedai Ayam Penyet!



Iya. Ini ayam penyet gue. Kedainya sambil makan sambil mengingati Tuhan yang maha besar. dia pasang ayat Quran tau. Pastu pekerja semua pakaian labuh tutup aurat.


Sedap la jugek. kedai dia lebih islamik. lebih bikin tenang gituh! bikin perasaan selamat tuh! Habis makan, kitorang gerak ke Taman Sari.



TAMAN SARI!


Papehal sampai taman sari ni kitorang pergi solat dulu. Surau dia oklah jugak dari surau yang Mas Ari solat jumaat tu. herherherher. Walaupun takdelah ok mana (bagi pandangan rakyat Malaysia) tapi tanggungjawab sebagai hamba masih perlu dijalankan ya! WAJIB! aku lupa nak tangkap gambar sebab sibuk buat video. sorry.


Taman Sari ni sebenarnya takde apa sangat. Dia sebenarnya dikatakan sebuah istana pada zaman dulu yang dibina untuk puteri-puteri raja bermandi-manda. Nama lain adalah Istana Air. Memang cantik ah seni bina dia. Tapi kalau tak ambik guide memang agak bosan sebab tak dapat nak paham seni bina tu kan. Maybe untuk Hijabista suka la kot sebab leh dapat gambar-gambar hipstur sikek. Kalau macam kitorang biasa2 je sebab takde apa sangat nak tengok. Aku pulak bukan jenis suka sangat nak gambar beratus keping pastu tempat yang sama. mampuih lemah lutut nak posing. Aku lebih suka buat video sebab video lebih lively gituh. Nak tengok balik pastu mengimbau kenangan pun lebih feeling. Jadi kalau rasa nak tengok video untuk lebih merasa perasaan kat taman ni boleh lah tengok kat insta story aku. Aku dah highlight sesiap.


Tiket masuk adalah berharga 15k rp/ RM4.40/orang/harga internasional . Kalau nak ambik tour guide, tambah 150k rp/ RM43.50/group tapi takde apa sangat yang specialnya. Masa nak beli tiket tu adalah salah faham sikit. aku mintak tiket untuk tiga orang dia bagi tiket sampai 7 org. pastu aku refused untuk pulang tiket dan bagi balik duit kat aku, orang tiket bagi balik tapi tak cukup baki duit dibaginya. Kitorang kesian lah jugak dengan pakcik yang salah bagi tiket tu sebab dia dah tua jadi ada masalah pendengaran. Pastu yang pompuan jaga kaunter tu cam entahlah taknak bagi baki duit penuh. Dia refused kata aku dah ambik dah duit baki tadi. Amboi! sedap je nak mainkan kak Timah eh! Sis maroh ni! apa lagi aku buat scene Rangga Cinta la depan kaunter tu. (tak sis propa je)


Masa tu orang ramai gila beratur belakang aku. Aku pun taknakla buat onar tapi takkan nak biar je kan. Haruslah tegakkan keadilan! (ah propa nya ayat -.-) pastu aku bukak kalkulator kat phone, tekan depan pompuan kaunter tiket dan tunjuk kat pompuan tiket tu. Pastu dia kira2 balik, baru lah dia bagi aku baki yang sepatutnya sambil buat muka tak puas hati. Aku tak paham sape yang patut marah skang ni. alah alah alah Iyah sememangnya aku ke Jogja hanya mahu liburan tuh bukan mahu buat charity. Hmmmm aku kot. Sorry la kak, saya takde niat marah tapi saya kena marah. Maaf.


Yang aku kesian gila dengan pakcik yang salah dengar tu. Aku mintak 3 dengan jelas dan dia siap ulang perkataan ‘3’ tu. Masalahnya kalau aku sorang yang salah dengar ke apa takpe jugak tapi kawan aku pun dengar dia cakap ‘3 orang’ tu. Alahai…. tapi dia pi bagi 7 pastu suruh aku bayar harga 105k rp/ RM 30.40 (ni harga tujuh orang sepatutnya tiga orang je jadi kitorang punya should be 45k rp/RM13/3 orang je). terkejut la gak. tapi masa tu tak sempat nak mengira. Yelah nak kira congak pun blur sebab duit dorang, Not dia besar2. memang pening otak kitorang. Lepas dapat tiket, baru kira rupanya pakcik tu salah bagi jumlah tiket terlebih la pulek. lepas dah gaduh2 dengan pompuan yang jaga kaunter tiket tu, pakcik tu banyak kali mintak maaf dekat kitorang.


‘wak yang salah. Wak minta maaf ya. Wak kurang dengar’ (sambal tangan tepuk2 dada perlahan)

‘eh takpe. Saya tak marah Wak. Takpe, takpe’

‘maaf ya. Wak salah. Wak salah. Jangan marah dia (pompuan kaunter). Wak yang salah. Marah sama wak saja’


Alahai! Sedih gila bila tengok Wak tu minta maaf banyak kali. Aku start marah bila pompuan jaga kaunter tu pun dah nak marah Wak. Pastu aku pun naik kepala la jugak nak marah sekali. Alah alah alah. Bencinya marah2 ni. masalahnya saya tak marah Wak. Saya geram pompuan sebelah Wak.



Basically, Taman Sari ni takde apa sangat la. Kalau korang tak masukkan dalam destinasi korang pun takpe sebenarnya.


Seni bina di Taman Sari memang cantik. tapi untuk keluar korang kena cari jalan yang betul ya, sebab sign dia tak bape nak clear. Jadi ceritanya kitorang tiga orang sesat barat sampai masuk kampung orang. Entah daerah mana kitorang keluar ntah pastu terpaksa beli tauhu tepi jalan acah2 nak beli tauhu padahal nak tanya jalan. Hahaha Macam biasa orang sini memang excited kalau tengok orang Malaysia ya. Hahahaha. Kenapa excited? Ayat wajib


'Malaysia ya?'

'Iya mas, dari Malaysia’

'Oh Upin Ipin! kirim salam tu sama upin ipin!

'hahaha baik mas, upin ipin tu kawan rapat kami!'

‘hahahaha iya kirim salam sama upin ipin’


Hah diorang mesti cakap pasal upin ipin kalau tahu kau dari Malaysia ya anak-anak!


GAMBAR TAUHU DI TAMAN SARI


Jadi selepas bertanya kepada mas jual tauhu di tepi jalan, biasalah bila dah berjalan gadis2 je ni, haruslah kena usik en, sumpah tak selesa. tapi nak buat cenne. Kalau kat Malaysia pun kadang cent ujugak. Pepandai la kau jangan nak over melayan nak gedik balik. Act biasa sudah. Belilah jugak tauhunya dah Mas tu je yang tengah jual pun. Kitorang kena jalan dalam 500m-600m dari tempat sesat nak sampai ke taman sari punya pintu utama. Amboi! jauh betul sesatnya! Dengan jalan nak kesana nya banyak gila kereta! tak sesuai langsung untuk pejalan kaki. tapi nak buat macam mana en. nak taknak memang kena redah untuk cari balik supir kitorang.


Sampai la kitorang jumpa Taman Sari, pastu terus kol supir, Mas Ari punyalah pelik sebab kitorang muncul dari arah lain. Dia kata dia tunggu kitoranh depan pintu keluar utama tapi munculnya kot lain. (psssstttt, sekarang kami dah tahu laluan/jalan masuk ke Taman Sari tanpa perlu tiket ya. Hiks!)


'kok munculnya di tempat lain ya kak?'

'iya mana kami tahu tuh! Kami juga hairan ini'


kahkahkah. ni agak nya pompuan tiket marah kot kat kitorang. Pastu dia baca mantera biar kitorang sesat. hahahahahahahaha #sisgurauje #janganmarahhah diri sendiri yang salah jalan sedap nak fitnah orang lain. Kay kay sorry sorry


Lepastu habis Taman Sari kami gerak ke Gumuk Pasir.


GUMUK PASIR!


Gumuk Pasir ni kalau korang pernah pergi Australia, dia lebih kurang la aktiviti macam main sandboarding kat Australia. Tapi pasir sini macam tak bape sesuai untuk orang yang jenis kulit mudah alergi. Pasir Australia putih bersih gebu. Beza dengan sini. Tapi bolehlah nak buat kenangan tangkap gambar semua kan. Hah! takyah nak macam Australia sangat la, dia macam kat Klebang, Melaka! tapi Klebang punya pasir bersih lagi kot. haha ok2 aku tahu tak elok compare tapi just nak bagi korang faham je macam mana keadaan Gumuk Pasir ni.

Macam biasa la, pergi Jogja ni memang banyak Entrance Fees. Wajib ye. EF adalah 7k rp/ RM2/ orang . Kalau nak main sandbording ada harga lain pulak. Tak silap dalam 150k rp/RM43.50/ satu board jadi yang aku biasa dengar orang sewa satu board je pastu kongsi ramai2. Kitorang tak sewa la sebab masa tu pun nak hujan pastu tengok pasir tak bape nak meluncur pun kitorang nanti hahahahaha berat satu nak hujan satu, pastu bawak baju pun sikit gila kalau dah main pasir dah sah2 la nak kena basuh pulak bajunya kan.


GAMBAR DI GUMUK PASIR TERMASUK GAMBAR BOOMERANG


Kat Gumuk Pasir ni ada macam2lah tempat diorang buat untuk kita bergambar ke an macam biasalah banyak spot yang nak bergambar kena bayaq even tempat duduk comel pun kena bayaq ye. hahahahahaha serious kelakar aku rasa sebab semua benda bayar. Dah duit pun ciput, gelak je la mampu. kahkahkah

Pastu kitorang gerak ke Pantai Parangtritis.


PANTAI PARANGTRITIS!


Pantai ni macam pantai biasa je. Ala- ala Port Dickson, Negeri Sembilan cumanya tak boleh nak mandi manda sebab air laut sangat garang ye. Amboi bombastiknya ayat saiya. hahaha. Air laut agak kuat tapi aktiviti kat sini sebenarnya banyak je mungkin sebab masa kitorang pergi tu hujan renyai2 jadi macam tak bape nak ada orang. Kat sini banyak kereta kuda, ada lesehan dan kedai2 makan. Perasaan dia macam ala-ala korang pergi Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Lebih kurang la tapi pantai Parangtritis lebih gedek tuh! (Gedek tu maksudnya besar ya, ni untuk siapa yang noob sangat tak pernah layan sinetron masa kecik-kecik dulu) Tapi kitorang bukan nak buat apa sangat kat sini. Jadi kitorang pun cuma jalan2 pantai sambil minum Air Kelapa di warung kereta tolak sorang pakcik ni.


GAMBAR DI WARUNG AIR KELAPA PANTAI PARANTRITIS


Air Kelapa dia rasa pelik sikit ah. Tak sama rasa dia cam kat Malaysia tapi boleh je minum. Still lah rasa feeling2 dalam drama gituh sambil angin bayu meniup lembut muka. ecececececececeh. Untuk yang tak bape suka bergambar and tak suka nak lelama sekejap je la kot bertapa kat sini. Jadi kitorang cuma bertapa kat situ dalam 20 minit je la. Makanya supirnya terkejut banget tuh! sebab sekejap sangat!


'sekejap sangat kakak, sudah mahu gerak?'

'iya mas, kami ngak mahu lama2, tidak ada apa2 tu'

'sudah tangkap gambar belum?'

'sudah mas, ayuh lah gerak'

'tapi kan perempuan… kok tak tangkap2 gambar banyak… tapi sekarang kan baru pukul berapa'

'ngak papa mas, kami ok saja tu'


Masalahnya Mas ni yang tak ok. adoila. so kitorang bertapa la kejap dalam kete tu dalam sejam lebih barulah Mas Ari gerak ke next destinasi!


Sellie Cafe!


Nah! siapa tahu ni tempat apa? tak tahu ennnnnnnnn..... HEHEHEHEHEHEHE ni la cafe tempat Rangga sama Cinta! dalam movie Ada apa dengan Cinta! (AADC). Aku tak tengok pun cite ni tapi since femes letup kebabom la jugak kat Malaysia, aku excited la jugak nak tengok bekas tempat penggambaran depa ni en. Sampai je cafe ni, kitorang tak order kopi pun. Kitorang order air mende ntah pelik2 lah haih nama dia. Btw dia punya excited tu macam rakyat Malaysia yang tengok cerita Ombak Rindu, diorang buat satu penggambaran scene hero dgn heroin dekat satu kedai teh the kat Cameron Highland. Siapa tahu? HEHEHEHEHHEHEHE aku tak tengok pun ombak rindu tapi aku excited nak tengok tempat tu. Macam tertanya-tanya kenapa pilih tempat tu untuk buat penggambaran ke en.


GAMBAR AIR DI SELLIE CAFE


tapi kitorang buat filem pendek sendiri ala2 Rangga Cinta tuh. cumanya........ boleh lah saksikan copy filem pendek AADC tak habis bikin ni........


VIDEO CIKIN AND HAJA


Walaupun hambarudin video nya. Bolehlahhh setakat nak wat kenangan ennnnnn. kahkahkah Pastu sementara minum2 ringan kat sini kitorang pikir2 la nak dinner kat mana tapi citenya tak boleh nak pikir. Last2 masuk kereta suruh je Mas Ari bawak mana2 kedai makan yang dia rasa sedap. Jadi Mas Ari tanya lah kitorang kalau makan di Lesehan kitorang ok ke tak. Kitorang opkos la ok en. lebih murah! yang penting enak tuh! Lesehan bersih je. Tapi kalau nak makan kat kedai2 mewah macam Vivy Yusof mengada betul. duit ciput nak makan besaq pulak. kemain. Vivy Yusof takpelah. Laki dia kaya.


GAMBAR MAKAN DI LESEHAN


Ya Allah serious aku cakap enak teruk weh. Memang sedap! yang masak semua lelaki lak tuh (Jap. apekene dengan semua laki). Hahahaha Masa nak bayar balik dinner tu, kemain la kitorang dok puji2 sedap. Hajar paling excited puji sedap. Hahahahaha. Mana tak nya tiga hari kat Jogja, malam kedua baru dapat lantak sedap2. Hahahahaha Habis dinner balik hotel. Nasib hotel dekat je dari tempat dinner.


Tapi kami minta Mas Ari berhentikan kitorang kat Alpha Mart sebab nak membeli perabih duit. (kata takde duit shopping ada pulak duit hahahaha) Alpha Mart ni sejenis 7E kalau kat Thailand. Aku takleh nak kata 7E kat Malaysia sebab 7E kat Malaysia takdak apa. Shorry not shorry #thetruth. Best la nak jimba cuba makanan depa. Jadi macam biasa cari la yang ada tag halal. Manalah tahu tetiba tak halal pula ke ken. Basically, dia macam kedai runcit biasalah Cuma lebih meriah la dengan barang2 dan makanan2. Sebenarnya ada dua pilihan Mart/kedai runcit yang macam 7E kat sini. Satu Alpha Mart dan satu lagi Indo Maret. Berdekatan hostel kitorang ada dua2 (Jalan kaki dalam 300m centu je). Jadi bila kitorang buat banding-bandingkan harga, Alpha Mart barang dia murah. Jadi kami banyak membeli di Alpha Mart sahaja di hari2 berikutnya. Ahaksss.


GAMBAR ALPHA MART DAN INDO MARET (CARI KAT GOOGLE)

GAMBAR BELIAN DI ALPHA MARET


(LETAK DALAM CAPTION GAMBAR DIATAS) Ni je pun yang kitorang beli. Saja nak rasa2. Mestilah kena merasa kalau tak apa barang pergi liburan tak dapat apa en. Jadi kami pulang dengan penuh gumbira setelah mengisi perut dengan makanan2 enak.



Okla, kita sambung next entry la pulak eh. Untuk lebih faham memang aku akan cuba sedaya upaya terangkan satu persatu apa yang berlaku dekat kitorang masa kat sana supaya takde yang tertinggal jadi aku buat dalam entry yang berlainan. Ini akan lebih memudahkan perjalanan korang yang berura-ura untuk travel ke Jogja. Biar lebih berpengetahun tuh! dan maaf berbanyak maaf atas kelewatan. secara jujurnya entry ni dah ditaip lama cuma nak masukkan gambar MasyaAllah malas bona nak cari balik semua gambar2 yang bersesuaian sebab tu lambat sikit post entry ni dikeluarkan. hehehe maaf sekali lagi.

Comments


© 2019 by Siti Fatimah Jamaluddin. Proudly created with Wix.com

bottom of page